PAN Tetap Tanding Di Kelantan – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – PAS tidak ada hak untuk mengarahkan mana-mana parti untuk tidak bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ia adalah hak parti masing-masing, kata Pengarah komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

 

“Dia boleh cakap apa yang dia nak tapi itu bukan hak dia, orang lain nak bertanding dia kena hadapi. nak bertanding 1 lawan 1 masing-masing boleh buat kenyataan.

 

“Kamu ingat kamu siapa?” soalnya kepada BNBBC.my portal.

 

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

 

Mohd Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang BN pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

 

Namun, Khalid berkata PAN bagaimanapun akan tetap bertanding di negeri tersebut serta negeri-negeri yang lain berdasarkan perundingan yang akan dibuat bersama PKR dan DAP.

 

“PAN akan bertanding di seluruh negeri, tentang kerusi akan dibincang dengan rakan-rakan yang sanggup bincang dengan runding dengan kita, tapi PAS kan tak nak berunding.

 

“Kenapa nak dengar cakap PAS? kita bukan satu ‘team’,” tambahnya.

 

Khalid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang PAS tidak sepatutnya berada dalam dunia politik jika tidak mempunyai ‘kebijaksanaan’ dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

 

“PAS ni pelik punya pemikiran, sepatutnya kita perlu ada kerjasama, ada perundingan dengan mana- mana pihak, takkan PAS tak faham lagi benda macam tu, benda ni asas, kalau tak pandai berunding jangan masuk politik sebab politik perlu bijaksana, perlukan perundingan dan perbincangan,” ujarnya. – Bnbbc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.