Mahathir Mengaku Dasar Parti Pribumi Tiru UMNO

KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui meniru dasar parti UMNO untuk menarik minat pengundi miskin luar bandar.

 

Beliau yang merupakan bekas Presiden UMNO berkata, masyarakat luar bandar sudah terbiasa dengan cara UMNO yang hanya fokus kepada satu kaum didalam parti.

 

“Masyarakat bandar yang maju dan berpendidikan tinggi mungkin percaya politik perkauman sudah ketinggalan zaman.

 

“Tetapi diperingkat akar umbi berlainan. Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, kaum bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ianya juga penting bagi kesejahteraan mereka.

 

“Jika parti baru ini menentang UMNO, ianya memberi keselesaan perkauman kepada masyarakat luar bandar dan penduduk bandar ketinggalan zaman yang diberikan oleh UMNO,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

 

Walaubagaimanapun Mahathir menegaskan Pribumi dan UMNO tetap berbeza ekoran Pribumi membuka keahlian kepada seluruh masyarakat Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak.

 

Katanya lagi, Pribumi juga bersedia menyerap masuk masyarakat bukan-Bumiputra menyertai parti sebagai ahli bersekutu.

 

Tambah bekas Perdana Menteri itu, penubuhan parti serupa dengan UMNO itu ekoran parti yang pernah diterajuinya itu gagal menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri.

 

“Hanya parti baru sahaja boleh megembalikan kegemilangan lampau negara. Parti baru ini akan menumpukan perhatian kepada mengubah pemikiran rakyat Malaysia.

 

“Kita (Pribumi) telah mencapai kemajuan. Orang-orang kami lebih terpelajar dan lebih hebat dari segenap sudut. Persepsi dan aspirasi mereka juga sudah berubah,” katanya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.