4 Pelajar 13, 15 Tahun Ditahan Merogol

BATU PAHAT  – Empat pelajar sebuah sekolah menengah ditahan polis semalam selepas mengaku merogol seorang rakan mereka berusia 13 tahun yang menuntut di tingkatan satu sekolah sama, di sini sejak April lalu.

 
Kesemua suspek, masing-masing dua berusia 13 dan 15 tahun ditahan di rumah mereka di kawasan Sungai Suloh, Senggarang, dekat sini antara pukul 12 hingga 1 pagi selepas ibu mangsa membawa anaknya membuat laporan polis.

 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dipanggil guru ke sekolah sebelum diberitahu kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol rakan-rakannya.

 
Wanita itu semakin bimbang apabila mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar pada Sabtu lalu dan hanya pulang ke rumah pada malam Ahad kira-kira pukul 7 malam dan menyebabkan ibunya nekad membawa anaknya itu ke balai polis sebelum diarahkan membuat pemeriksaan di hospital, katanya di sini sebentar tadi.

 
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum akhirnya mengaku melakukan hubungan seks dengan lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.