Xavier Justo Dijatuhi Hukuman Penjara Tiga Tahun Kesalahan Mengugut PetroSaudi

BANGKOK – Xavier Andres Justo dihukum penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah tuduhan cubaan peras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

 

Hakim memberi pengurangan penjara tiga tahun daripada enam selepas mengambil kira pengakuan itu.

 

Hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan Justo, 48, yang digari kaki dan tangannya terus dibawa ke Penjara Bangkok.

 

Justo didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, iaitu cubaan peras ugut sabit kesalahan penjara maksimum 10 tahun dan denda 20,000 Bath.

 

Perbicaraan yang diadakan secara tertutup pada jam 9 pagi berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Mengikut undang-undang Thailand, Justo masih mempunyai peluang merayu sabitan hukuman itu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.