Video: Mikrofon Ziana Zain Terpelanting, Viral Di Media Sosial

Ziana Zain memang cukup dikenali dengan auranya sebagai seorang diva dalam industri seni lantun suara tanah air.

 

Setiap kali kemunculannya di mana-mana lokasi tidak kiralah majlis rasmi atau kasual, kehadirannya akan dapat dirasakan.

 

 

Baru-baru ini, ketika membuat persembahan di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015), berlaku satu insiden mengejut dan nampak lucu – mikrofon yang digunakan oleh penyanyi tersebut, terpelanting!

 

Mungkin dek kerana terlalu asyik dengan lagu nyanyiannya, pelantun lagu ‘Madah Berhelah’ itu melambung mikrofon yang digunakannya, sekaligus tidak sempat untuk menyambut semula mikrofon tersebut.

 

Apa pun, insiden itu nampak comel dengan gelagat Ziana yang nampak terkejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.