Tiada Ruang Untuk Kerajaan Berada Dalam Zon Selesa – PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada ruang untuk kerajaan berada dalam zon selesa sekiranya mahu menunaikan janji untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang aman makmur dan progresif untuk generasi akan datang.

 

Perdana Menteri berkata, ini kerana Malaysia kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran globalisasi dalam dunia tanpa sempadan.

 

“Cabaran yang kita hadapi hari ini antaranya turun naik harga komoditi, krisis di zon Eropah, perubahan keseimbangan kuasa antarabangsa, ancaman pengganas dan perubahan cuaca.

 

“Namun saya cukup yakin bahawa semua rakyat Malaysia mampu berhadapan dengan cabaran ini. Ini terbukti melalui rekod terdahulu yang mana kita mampu menghadapi apa juga cabaran dan halangan yang melanda,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) 2014 di Bangunan Perdana Putra di sini sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.