Selangor Akan Kaji Semula Pemberian Air Percuma

SHAH ALAM, 17 Ogos – Kerajaan negeri Selangor akan meneliti semula pemberian air percuma supaya program itu menepati hasrat asal yang bertujuan untuk membantu rakyat kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

 

Menurut Azmin, walaupun kerajaan negeri membelanjakan RM120 juta setahun untuk menampung program itu, masih terdapat rungutan terdapat rakyat yang tidak mendapat manfaatkan daripada pemberian 20 meter padu air percuma.

 

“Dia (rakyat) gunakan bukan untuk dia tetapi untuk berkebun, kolam renang sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat.

 

“Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan bahaskan dalam sidang akan datang ketika bentang Bajet 2017 apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” kata Azmin di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim sama ada kerajaan negeri akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air Selangor dimuktamadkan.

 

Kata Azmin, sehingga kini program tersebut akan diteruskan dan belum ada sebarang cadangan untuk menghentikannya.

 

“Walaupun industri air diuruskan sepenuhnya tetapi kos akan dipindahkan kepada Air Selangor. Apakah ia adil dipindahkan kepada rakyat atau sebaliknya sedang diteliti,” kata Azmin. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.