Raih RM1.2 Juta Dalam Masa 2 Hari – Rozita Che Wan

Aktres Rozita Che Wan (Che Ta) berjaya meraih hampir RM1.2 juta hanya dalam masa dua hari menerusi pernigaan yang baru diceburi iaitu jualan minyak wangi jenamanya sendiri diberi nama Precious by RCW.

 

Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari. Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut”

 

“Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula”, katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.