Polis Terima 3 Aduan Cubaan Guling Kerajaan – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan, pihaknya ada menerima tiga laporan polis berhubung cubaan menggulingkan kerajaan.

 

Katanya, laporan itu dibuat beberapa individu berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

 

“Polis terima tiga laporan dibuat beberapa individu dan kita akan siasat. Namun polis sekali lagi mengingatkan kita tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah-Terima Tugas Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman di sini, sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.