Penulis Terkemuka Kristian Pertahankan Islam

Kuala Lumpur – Tindakan seorang penulis terkemuka, Paulo Coelho yang mempertahankan Islam dan kitab suci al-Quran di laman sosial Facebooknya baru-baru ini menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

 

Coelho sebelum itu memuat naik sekeping foto yang menunjukkan gambar senaskah al-Quran yang dipercayai dipamerkan sempena pameran buku yang bakal dianjurkan.

 

“Pameran ‘Buku yang mengubah dunia’”, tulis Coelho sebagai kapysen kepada gambar tersebut pada 9 Ogos lalu.

 

Bagaimanapun, ‘posting’ status tersebut menarik perhatian seorang pengguna media sosial menggunakan nama Hiba B Dakkak yang cuba mencetuskan provokasi dengan bertindak memperlekehkan kesucian al-Quran.

 

“Awak biar betul!!! Buku ini adalah punca kepada segala keganasan dan pembunuhan..,” tulis pengguna media sosial itu.

 

Tidak menunggu lama, Coelho sejurus kemudian tampil membidas kenyataan pengguna media sosial berkenaan.

 

“Tidak benar. Saya seorang Kristian, dan selama berabad-abad kami cuba memaksa orang lain untuk memeluk agama kami dengan kuasa pedang – semak ‘perang salib’ dalam kamus..

 

“Kami membunuh wanita – memanggil mereka sebagai ahli sihir dan kami cuba menghentikan sains – seperti Kes Galileu Galilei.

 

“Jadi, ia bukan untuk menyalahkan agama, tetapi ia mengenai bagaimana seseorang itu memanipulasikannya,” balasnya yang sehingga kini kenyataan itu disukai lebih 5,900 pengguna media sosial lain.

 

Coelho adalah seorang penulis novel dan penulis lirik dari Brazil.

 

Antara novelnya yang cukup terkenal ialah ‘The Alchemist’ yang mana telah diterjemah dalam 80 bahasa dan mencecah jualan lebih 210 juta salinan di seluruh dunia.

 

Beliau juga banyak menerima anugerah di peringkat antarabangsa antaranya Anugerah Crystal oleh Forum Ekonomi Dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.