PAS Hilang ‘Permata’ Bumi Kenyalang – Hadi

Kuala Lumpur – Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3.20 pagi tadi.

 

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi laman Facebooknya hari ini

 

Banyak pihak termasuk PAS, PKR dan Gerakan Harapan baru (GHB) dalam kenyataan mereka hari ini turut mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham.

 

Harakahdaily hari ini melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu kehilangan sebutir permata di Bumi Kenyalang.

 

“PAS amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata di Bumi Kenyalang.

 

“Almarhum menabur jasa baktinya kepada PAS di Sarawak hingga kini PAS sangat dikenali di sana,” Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata.

 

Allahyarham dikebumikan di Tanah perkuburan Samariang, Petrajaya, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!