China Tutup 50 Laman Web Sebar Maklumat Palsu

BEIJING – Kerajaan China menutup dan menggantung laman web yang menyiarkan maklumat yang tidak sepatutnya mengenai insiden letupan gudang di Tianjin.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Cyberspace Administration of China (CAC) menutup 50 laman web yang “mencipta panik” dengan menyiarkan maklumat yang tidak sahih atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas, lapor Xinhua.

 

Antara maklumat yang diharamkan penyiaran di laman web seperti: Letupan menyebabkan 1000 terbunuh; Pusat membeli belah di Tianjin di rompak; Perubahan pentadbiran kerajaan Tianjin.

 

CAC berkata, lesen 18 laman web ditarik balik manakala selebihnya akan digantung sementara kerana menyiarkan maklumat palsu mengenai insiden yang  memberi kesan negatif kepada masyarakat.

 

Sementara itu, Tencent News melaporkan seorang pengguna laman sosial turut dipenjarakan lima hari atas tuduhan menyiarkan maklumat palsu mengenai jumlah mangsa yang maut. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.