Bukan Janin Manusia Tapi Janin Kucing

CHUKAI – Polis sahkan janin yang ditemui dalam tandas di surau di Durian Burung, Kuala Terengganu, petang semalam adalah janin kucing.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan ia bukan janin manusia.

 

Berikutan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar dan maklumat tidak sahih mengenai penemuan janin kira-kira jam 3 petang itu.

 

Menurutnya, orang ramai perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak polis sebelum memviralkan kejadian itu di laman sosial.

 

“Bagi kami siasat terlebih dahulu dan dapatkan maklumat selengkapnya,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.