Serpihan Pesawat Trigana Air Milik Indonesia Ditemui

Jakarta – Serpihan pesawat komersial Indonesia milik Trigana Air yang terputus hubungan dengan menara kawalan sejak petang tadi dilaporkan telah ditemui di daerah terpencil barat Papua.

 

Menurut Menteri Pengangkutan Indonesia, bangkai pesawat jenis ATR 42 PK YRN dengan nombor penerbangan IL 267 itu ditemui di daerah pergunungan Bintang berhampiran dengan lapangan terbang Oksibil.

 

Sehingga kini tiada sebarang maklumat berhubung nasib penumpang dan anak kapal tersebut.

 

Memetik laporan The Inquisitr bangkai pesawat itu ditemui oleh penduduk kampung yang kemudianya memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan.

 

“Menurut penduduk kampung pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan Tangok” kata Ketua Pengarah Perhubungan Udara, Dijabat Suprasetyo.

 

Terdahulu Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa menghentikan sementara operasi pencarian pesawat tersebut ekoran cuaca buruk.

 

Menurut DetiksNews, BASARNAS dalam satu kenyataan sebelum ini berkata cuaca buruk menjadi penghalang operasi pencarian dan operasi akan dimulakan semula pagi esok.

 

Pencarian akan dijalankan melalui udara dan darat.

 

Pesawat tersebut berlepas dari lapangan terbang Sentani, Jayapura pada pukul 2.21 petang waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Oksibel pada 3.15 petang tadi.

 

Pesawat yang membawa 54 penumpang itu dikendalikan oleh kapten Hasanudin nmaun dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara di timur daerah Papua petang tadi.

 

Pada Januari lalu sebuah pesawat Airbus A320 milik AirAsia Indonesia dari Surabaya menuju ke Singapura terhempas dan mengorbankan semua 162 penumpang. – SuaraTV

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.