Video: Ustaz Azhar Idrus Tolak Wan Azizah Sebagai MB Selangor?

Kuala Lumpur – Ramai dikalangan penyokong PAS dilihat tidak berpuas hati dan keliru dengan keputusan parti itu yang memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikanTan Sri Abdul Kahlid Ibrahim.

Menurut mereka keputusan tersebut jelas tidak kena pada tempatnya kerana dilihat bercanggah dengan pendapat dan pandangan para ulama dan penceramah PAS dalam kuliah-kuliah sebelum ini.

“Bagaimana PAS boleh mencalonkan Presiden PKR sebagai calon MB, sedangkan dalam ceramah-ceramah yang diadakan sebelum ini pimpinan parti dengan jelas menolak peranan wanita sebagai pemimpin.

“Kalau setakat ceramah politik, mungkin kita boleh terima namun perkara ini sering dibangkitkan dalam kuliah ilmu, tazkirah dan ceramah agama yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah PAS baik diperingkat kawasan mahupun negeri” ujarnya kepada SuaraTV.

Malah menurutnya beliau masih menyimpan rakaman ceramah-ceramah agama tersebut yang digunakan sebagai sumber rujukan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan terhadap sesetengah isu khususnya yang berkaitan ibadah dan hukum.

“Saya masih menyimpan rakaman-rakaman ceramah supaya boleh dijadikan sumber rujukan” ujarnya yang mendakwa sebagai ahli PAS dari kawasan Gombak.

Hasil carian yang dilakukan oleh SuaraTV melalaui laman Youtube dan Google, pihak kami berjumpa dengan beberapa rakaman ceramah yang dilakukan oleh para penceramah parti itu berhubung isu ini.

 

 Penceramah, Azhar Idrus tau lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus (UAI) ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh hadirin berhubung hukum melantik wanita sebagai pemimpin menjelaskan, beliau berpegang dengan pandangan para ulama yang menolak wanita diangkat sebagai ketua.

“Saya cendeurng pada padangan ulama untuk yang tidak membenarkan (wanita) menjawat jawatan ketua kalau ia melibatkan jawatan yang besar (tinggi), adapun kalau jawatan yang kecik (rendah) saya cenderung (memilih) dengan pandangan yang mengatakan boleh.

“Kalau pemimpin negara atau negeri, saya cenderung pada pandangan para ulama yang mengatakan tidak boleh, kerana orang perempuan ini walau cerdik macam mana pun ada tempat yang di lemah (uzur)” ujarnya.

Menurutnya pandangan tersebut bukan berniat untuk menolak peranan dan sumbangan wanita, namun hukum syarak telah meletakkan memutuskan perkara itu.

“Bukan nak letakkan taraf orang perempuan itu rendah, tapi adakalanya taraf wanita itu lebih tinggi dari lelaki.

“Tapi masalah kita ini, (kerana) ingin terlalu meraikan (kehendak sesetengah pihak) hukum syarak diletakkan pada tempat yang rendah.

“Betul, dalam nak meraikan (sesuatu perkara), kita boleh kendurkan (sesetengah pendapat ulama) tapi jangan sampai kendur terus” ujarnya ketika mengadakan kuliah agama di Madrasah Islahiah, pondok Tuan Guru Hj Adnan, Padang Serai Kulim, Kedah.

Berikut adalah merupakan pandangan Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berhubung perkara yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.