Video: Mayat Budak Lelaki Dalam Perut Buaya

Port Moresby – Anggota badan budak lelaki berusia 11 tahun ditemui dalam perut seekor buaya besar, manakala kepalanya ditemui di kawasan berhampiran selepas kanak-kanak itu diserang reptilia berkenaan di Papua New Guinea.

Berikut adalah rakaman penduduk kampung yang memotong perut buaya tersebut bagi mengeluarkan mayat budak lelaki tersebut.

Komander polis, Lincoln Gerari memberitahu, buaya sepanjang empat meter itu menyerang Melas Mero ketika dia memancing bersama ibu bapanya di Sungai Siloura minggu lalu.

“Buaya itu melibas kanak-kanak berkenaan dengan ekornya sebelum menyerangnya,” katanya.

Menurutnya, polis menemui dua tangan, dua kaki dan tulang pinggul di dalam perut reptilia berkenaan selepas mereka berjaya menjejak dan membunuhnya.

Kepala kanak-kanak itu ditemui tidak lama selepas itu dan dibawa ke rumah mayat di wilayah itu. – Agensi

One thought on “Video: Mayat Budak Lelaki Dalam Perut Buaya

  • August 17, 2014 at 11:34 pm
    Permalink

    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169077012

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.