Syed Husin Mahu Azmin Tolak Cadangan PAS, Selari Dengan Pengakuan Dan Surat Sumpah

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali mengesa Azmin Ali agar menolak cadangan PAS yang mencalonkannya sebagai Menteri Besar Selangor selain Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam posting di laman Twitternya, Syed Husin berkata, saranannya itu bersesuaian dengan surat sumpah Azmin dan juga ucapannya dalam sidang media menyokong Presiden PKR.

Menurutnya Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, perlu menolak pencalonan tersebut agar selari dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Menurutnya Syed Husin, ADUN Bukit Antarabangsa itu juga pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Azizah serta akuan surat sumpah yang ditandatangganinya tempoh hari.

“Ku fikir sebaik2nya Azmin tidak terima cadangan Pas. sesuai dgn surat sumpah n ucapannya dalam sidang media menyokong azizah juga keputsan MPP,” kata Syed Husin.

PAS dalam mesyuarat khasnya tadi memutuskan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan penantian pelbagai pihak berhubung kemelut politik di Selangor yang tercetus apabila Abdul Khalid disingkirkan dari PKR berikutan keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Dalam perkembangan yang sama, pergerakan pemuda PKR sebelum ini meminta pimpinan parti agar mempertimbangkan untuk menerima pencalonan Azmin.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Julailey Jemadi berkata, permintaan itu dibuat susulan mesyuarat AMK Pusat di dalam mesyuarat sebentar tadi.

“Kami bersetuju mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat Keadilan untuk mempertimbangkan semula cadangan PAS supaya memasukkan nama Azmin sebagai calon kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, AMK Pusat menyambut baik komitmen PAS di dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat (PR).

Dengan keputusan itu, katanya, mereka berharap PR dengan tiga parti sebagai komponennya akan menjadi gabungan yang mapan untuk menewaskan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, Azmin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata hanya akan membuat keputusan selepas mesyuarat pimpinan PR.

“Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respons,” katanya sebelum ini.

“Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respons,” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-tunggu-mesyuarat-pakatan-sebelum-ulas-keputusan-pas#sthash.GgNcXAi9.dpuf
“Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respons,” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-tunggu-mesyuarat-pakatan-sebelum-ulas-keputusan-pas#sthash.GgNcXAi9.dpuf
pergerakan pemudanya meminta pimpinan parti mempertimbangkan menerima pencalonan Azmin. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gesa-pertimbang-azmin-sebagai-mb#sthash.R9mGUhBJ.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.