PM Dijangka Sampaikan Amanat Penting Esok

Kemaman – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Perdana Menteri dijangka menyampaikan satu amanat penting esok dan ia berkaitan dengan sambutan Kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, hari ini.

Beliau berkata kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.

Menurutnya sambutan Kemerdekaan ke-57 negara akan disambut secara sederhana dengan perubahan kepada program sambutan bagi menghormati mangsa tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17.

Semua acara keraian pada sebelah malam termasuk pertunjukan bunga api juga dibatalkan dan diganti yang acara yang lebih sesuai, katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.