PKR Tetap Dengan Keputusan, Hanya Wan Azizah Calon MB Selangor

Petaling Jaya – PKR memutuskan untuk tetap menamakan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini, menurut seorang pemimpin parti itu yang enggan dinamakan.

Menurut sumber Malaysiakini ia akan dipanjangkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, selepas ini.

PKR bagaimanapun akan membenarkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memutuskan berhubung pencalonan Azmin sebagai calon kedua yang diputuskan PAS hari ini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping Azizah.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

Sementara itu, sumber juga mendakwa PKR mencadangkan nama Azizah dikemukakan kepada istana dan jika ditolak barulah nama Azmin dihantar.

Sebelum ini, difahamkan bahawa pemimpin DAP tiada masalah sama ada Azizah atau Azmin dipilih sebagai menteri besar baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.