Pesakit Kanser Saraf, Iqbal Meninggal Dunia

Melaka – Allahyarham Muhammad Iqbal Zufri Muhammad Khairil, 6, yang menghidap kanser saraf tahap empat sempat meminta badannya dipusing mengiring ke kanan.

Itu adalah permintaan terakhir Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 Jumaat malam.

Allahyarham yang mesra dipanggil Along menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Siti Zubaidah Osman di Hospital Melaka selepas dimasukkan wad sejak empat hari lalu.

Allahyarham Iqbal dikebumikan di Wakaf Perkuburan Tuan Hj Bachee Ahmad di Bukit Cina, Melaka kira-kira pukul 12 tengah hari, Sabtu selepas solat jenazah di Surau Kampung Morten.

Siti Zubaidah memberitahu, anaknya itu amat rapat dengan suaminya, Muhammad Khairil yang menemani Allahyaraham sepanjang berada di hospital.

Muhammad Khairil bergegas mengambil dua lagi anaknya untuk bersama-sama melihat Along untuk kali terakhir, bila Allahyarham kelihatan begitu lemah pada Jumaat pagi.

Allahyarham Muhamad Iqbal Zufri disahkan menghidap kanser saraf ketika dia berusia 4 tahun setengah dan pernah menjalani pembedahan membuang buah pinggang sebelah kanan serta sebahagian hatinya bagi mengelak kanser dari terus merebak.

Bagaimanapun, keadaannya semakin kritikal bila kepalanya mula membesar dan matanya membengkak selain hidungnya sentiasa berdarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.