PAS Sokong Azizah Dan Azmin Sebagai MB

Kuala Lumpur – PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Menurut Mohamad Sabu, kini sudah tidak timbul soal Abdul Khalid selepas keahliannya dalam PKR telah ditarik.

“Sudah tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Khalid) kerana dia sudah dipecat partinya.

“Dia bukan lagi ahli PKR. Kita tahaluf siyasi dengan parti bukan dengan individu,” katanya kepada pemberita.

Namun ketika ditanya pemberita sebab mencalonkan nama lain sedangkan PKR telah pun menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar, Mohamad tidak menjawab dengan jelas.

Beliau terus diasak soalan sama berulang kali dan akhirnya beliau memberitahu perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat petang ini.

Sementara itu, media membangkitkan soal parti itu yang dilihat mengubah keputusan selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid.

“Tak ada ‘U-turn’. Ini (cadang dua nama) keputusan bersama. Sebulat suara,” katanya.

Sementara itu, beliau menolak untuk mengandaikan berlakunya pilihan raya negeri kerana PR masih lagi memegang majoriti dua per tiga Dun di Selangor.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, “…dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi.”

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

Mesyuarat pimpinan Pusat PAS itu mencapai keputusan sebulat suara tentang isu menteri besar Selangor selepas selesainya mesyuarat yang ditunggu-tunggu dalam masa kurang 90 minit.

Mesyuarat yang bermula 10 pagi itu dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan semua pemimpin tertinggi termasuk pemangku ketua Dewan Ulama Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.

Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.

Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, “We are members of PAS and we support our president,” yang bermaksud “Kami ahli PAS menyokong presiden kami”.

Kemelut kepimpinan kerajaan negeri Selangor bermula apabila Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar seperti yang diarah oleh partinya. 

Ekoran keengganannya itu, Abdul Khalid dipecat oleh parti tetapi beliau berjaya mengekalkan jawatannya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Bagaimanapun, dua wakil rakyat Pas iaitu anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengambil tindakan yang bercanggah dengan keputusan parti mereka apabila menyatakan pendirian menyokong Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang baharu.

Ekoran tindakan mereka, mesyuarat hari ini juga dijangka membincangkan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap kedua-dua Adun itu

 

PAS Sokong Azizah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Kenyataan Akhabr PAS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “PAS Sokong Azizah Dan Azmin Sebagai MB

  • August 17, 2014 at 2:42 pm
    Permalink

    yang hairannya mengapa TSKI tidak mahu letak jawatan MB…sedangkan langkah kajang beliau menyokong sebelum ini…adakah ada sesuatu yang mengubah pendirian beliau hingga krisis politik Selangor menjadi lebih kritikal…sikap TSKI yang membuat ‘U-Turn’ menyebabkan beliau dipecat dari ahli PKR…sebagai MB WR Bebas [1 kerusi] adalah agak janggal untuk mentadbir negeri yang kuasa majoritinya dipegang olih PR [PKR-13 PAS-15 DAP-15]dan BN-12 [mewakili pembangkang]…jika TSKI ‘Gentlement’ adalah wajar beliau mengadakan sidang tergempar ADUN untuk menentukan sejauh mana sokongan terhadap beliau tanpa menggunakan ‘kuasa istana’…beliau perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini…semoga kemelut politik negeri Selangor dapat diselesai dengan baik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.