Kritik Kepimpinan PAS: Hasnul Enggan Jawab, Makluman Pada PAS Negeri Dan Pusat

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin menafikan dia mengecam kepimpinan PAS, kerana melambatkan usaha melantik Menteri Besar (MB) Selangor.

Hasnul yang dihubungi The Rakyat Post berkata, dia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian di laman sosial.

“Ada yang menokok tambah kenyataan saya dengan menjadikan ia sebagai isu yang besar,” katanya.

Dia juga tidak menafikan ada pihak tidak bertanggungjawab yang berniat memburukkan keadaan.

Hasnul bagaimanapun tidak menjawab, apabila ditanya sama ada telah memaklumkan perkara itu kepada kepimpinan parti negeri dan pusat.

Sejak semalam, kenyataan Hasnul sebelum ini disebar secara meluas di Facebook dan WhatsApp.

Dalam kenyataan itu, Hasnul dikatakan mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana melambatkan usaha melantik pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia dikaitkan dengan keputusan Abdul Hadi yang menolak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan berkenaan.

Ia turut membidas Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad, kerana gagal mengambil tindakan proaktif.

Khamis lalu, dua wakil rakyat PAS Selangor menyuarakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian itu bercanggah dengan pendirian parti, sekaligus mengugat peluang Abdul Khalid untuk mendapatkan sokongan majoriti wakil rakyat di negeri itu bagi mengekalkan jawatan yang disandangnya untuk penggal kedua.

Sebelum ini, dalam surat yang diutuskan ke Istana Selangor, Wan Azizah memberi beberapa hujah untuk beliau dilantik sebagai Menteri Besar, termasuk surat akuan sumpah 30 ADUN yang menyokongnya.

 

Baca : ADUN Morib Cabar PAS Ambil Tindakan, Sebelum Dedah Semua Aib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.