Kita Tidak Akan Berjaya Menjadi Warga Malaysia Yang Sebenar – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa peluang untuk melihat rakyat negara ini tidak terpisah dengan batas kaum sangat kecil.

“Kita akan sentiasa dikenali mengikut kaum kerana golongan sederhana dalam masyarakat tidak berani mempersoalkan apa yang disebut oleh golongan ekstremis dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan sidang akhbar selepas pertemuan tertutup bersama NGO Akademi Belia, dan membangkitkan perkara itu ketika menyimpulkan hasil pertemuan terbabit.

Jelasnya, perkara itu berpunca dari “kontrak sosial” yang dipersetujui agar setiap kumpulan etnik dapat mengekalkan identiti budaya tersendiri.

“Disebabkan perkara itu, disebabkan kita tidak mahu berubah, kita tidak akan berjaya menjadi warga Malaysia sebenar,” katanya yang menyalahkan sikap golongan minoriti.

Katanya, perkara itu berbeza dengan negara seperti Filipina, Thailand dan Indonesia di mana golongan minoriti dan keturuan mereka mendukung budaya dan bahasa tempatan.

Beliau memberi contoh bahawa dua orang bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Chuan Leekpai, bekas presiden Filipina Corazon Aquino, serta gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, kesemuanya berketurunan Cina.

“Mereka mengaitkan diri secara keseluruhannya dengan negara mereka. Mereka tidak lagi memanggil diri mereka ‘kami Cina Indonesia’. Corazon Aquino dan anaknya (presiden) Benigno Aquino III) tidak berkata ‘kami Cina Filipina’.

“Ada yang masih kata begitu, tapi mereka tidak akan mendapat kedudukan (berkuas),” katanya yang juga penaung kumpulan pro-Melayu PERKASA.

5 thoughts on “Kita Tidak Akan Berjaya Menjadi Warga Malaysia Yang Sebenar – Dr Mahathir

  • August 17, 2014 at 3:15 pm
    Permalink

    setuju dengan pandangan Dr.M…tetapi untuk menjadi kenyataan sukar dicapai selagi modul politik dan pendidikan masih bersifat ‘perkauman’…sudah menjangkau 57 tahun sistem ini diamalkan dan membentuk pemikiran serta jiwa rakyat dalam kehidupan masyarakat kita…imej kaum dan budaya menjadi penghalang untuk kita membina dan memupuk perpaduan nasional…inikan pula bila kita ingin melahirkan rakyat yang berjiwa Malaysia…selagi kita berfikir secara ‘streotaip’ selama itulah masaalah rasial akan menjadi ‘duri dalam daging’…siapa yang patut berubah?… pemimpin atau rakyat atau kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk membawa inspirasi baru membina jiwa ‘Negaraku Tercinta Malaysia’.

    Reply
  • August 17, 2014 at 5:14 pm
    Permalink

    Pendapat, tun memang realiti(wujud)..selagi ada rakyat bawahan yang tidak mengerti erti perpaduan nasional antarakaum, maka timbul isu perkauman tersebut..sebagai contoh, pengalaman saya..ada segelintir orang tempatan disini..teluk intan(perak) mereka masih mengamal isu perkauman berpuak2..mereka berkata orang asing(i/c, merah)tidak layak meniaga ditapak expo atau pasar malam, gerbang malam dan sebagainya..mereka mempertahankan hak orang tempatan, sedangkan kami meniaga berpuluh-puluh tahun bertapak disitu..itu adalah kerjaya kami selama ini, kalau halau kami buat menyusah kami..kami terpaksa bubuh nama anak atau kawan2 yang bertaraf kewarganegaraan supaya kami boleh meniaga semula..justru saya berpendapat bagi kerajaan tokoh agamawan atau ahli pemikir mengkaji semula isu perkauman agar ia mencari jalan tangani masalah yang tersebut supaya kita semua berganding bahu mebawa malaysia kearah wawasan 2020.

    Reply
  • August 18, 2014 at 9:16 am
    Permalink

    saya rasa tun M silap sebab kontrak sosial lah malaysia lebeh bernasib baik ……. kerana kita tahu siapa sebenarnya kita….;; tahu budaya kesefahaman kita…… lihat lah penjajah kita adalah inggeris….. mereka menyusun masa depan kita mengikut kaum…. camne kita nak ada identiti sama…… samb…. 0167122594

    Reply
  • August 18, 2014 at 7:41 pm
    Permalink

    itulah keunikan Malaysia

    Reply
  • August 18, 2014 at 11:04 pm
    Permalink

    Jangan risau. Allah ada. I’ll build the platform.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.