Kita Doa Yang Terbaik – Azmin

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih enggan mengulas berhubung pencalonannya sebagai pengganti menteri besar Selangor oleh PAS di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Saya belum dimaklumkan secara rasmi. Petang ini kita akan ada mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang.

“Tempat tidak diberitahu lagi. Lepas itu saya akan komen selepas bincang dengan pimpinan,” katanya.

Beliau mendoakan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis dalam pentadbiran Selangor sedia ada.

“Kita doa yang terbaik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.