Jabatan Meteorologi Laporkan 4 Gempa Bumi Sederhana Hari Ini

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini melaporkan empat kejadian gempa bumi sederhana berlaku dengan kekuatan 5.1 hingga 5.5 skala Ritcher.

Kejadian pertama dilaporkan pada pukul 12.30 pagi membabitkan gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 pada skala Ritcher di sempadan wilayah Myanmar dan India.

Lokasi gempa itu adalah 303 kilometer di barat laut Monywa, Myanmar dan 2,099 kilometer dari barat laut Padang Besar, Perlis.

Pada pukul 2.23 pagi pula, satu lagi kejadian berlaku di Kepulauan Vanuatu, 510 kilometer Tenggara Lata, Kepulauan Solomon dan 5,829 kilometer dari Semporna, Sabah dengan kekuatan 5.5 skala Ritcher.

Kejadian ketiga berlaku pada pukul 6.08 pagi di Sichuan, China, 297 kilometer di barat daya Chengdu dan 2,402 kilometer dari timur laut Padang Besar, Perlis dengan kekuatan 5.2 skala Ritcher.

Satu lagi gempa bumi berlaku di Laut Banda, 399 kilometer timur laut Kupang, Indonesia dan 1,511 kilometer dari Semporna, Sabah pada pukul 10.38 pagi ini dengan kekuatan 5.5 skala Ritcher.

Keempat-empat gempa bumi itu bagaimanapun tidak mencatatkan ancaman tsunami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.