Ebola Merebak Dengan Pantas

Geneva – Virus Ebola merebak dengan pantas berbanding keupayaan pihak berkuasa untuk mengendalikannya dan mungkin perlu mengambil masa enam bulan bagi mengawalnya, kata pasukan perubatan sukarela, MSF.

 

Amaran itu muncul sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, anggaran skala virus yang dibuat adalah kurang dan “langkah luar biasa” diperlukan untuk mengawal penyakit berbahaya itu.

 

Angka terbaharu yang diumumkan agensi kesihatan UN terbabit menunjukkan jumlah kematian berpunca daripada virus Ebola dalam tempoh empat dekad meningkat kepada 1,145 orang membabitkan empat negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone.

 

“Ia merebak dengan pantas dan bergerak dengan cepat berbanding keupayaan kita untuk mengawalnya,” kata ketua Doctors without Borders atau dikenali sebagai MSF, Joanne Liu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.