Atas Nama Hak Asasi Manusia, Indonesia Beri Kebenaran Untuk Gugur Kandungan

Jakarta – Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia secara terbuka menyokong cadangan membenarkan pengguguran kandungan mangsa rogol, bagi tujuan melindungi mangsa.

Amir Syamsuddin berkata, pengguguran kandungan bagi mangsa rogol turut dibenarkan di beberapa negara.

“Daripada sudut perubatan, saya menganggap perkara itu wajar dan ia universal,” katanya kepada Jakarta Post.

Namun, dia mengakui belum merujuk rang undang-undang Indonesia berhubung peraturan kesihatan kesuburan yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, dia perlu merujuk isu itu kepada pihak berkaitan, sebelum boleh mengeluarkan kenyataan lanjut.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Indonesia, Nafsiah Mboi, berkata pihaknya sedang mempersiapkan peraturan bagi membenarkan pengguguran kandungan akibat pemerkosaan atau yang diancam bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.