ADUN Hulu Klang Kritikal: Sinar Harian Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Silap Lapor

Kuala Lumpur -Ekoran laporan yang tidak diteliti kesahihahnya, portal Sinar Harian Online terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan keluarganya.

Portal tersebut di dalam laporannya sebelum ini mendakwa, Saari telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan berada dalam keadaan yang kritikal setelah mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar.

Beberapa blog sebelum ini turut mendakwa kononnya Astro Awani telah melaporkan ADUN dari PAS itu  telah dimasukkan ke hospoital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Laporan tersebut kemudiannya disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui aplikasi Whatsapp.

 

Berikut adalah kenyataan maaf terbuka yang dibuat oleh portal Sinar Harian Online:

Merujuk kepada laporan Sinar Harian Online bertajuk “Adun Hulu Kelang Masuk IJN” pada pagi 16 Ogos 2014, Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Kami ingin menegaskan bahawa Adun tersebut, YB Saari Sungib tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.

Dengan ini Sinar Harian memohon maaf sekali lagi kepada beliau dan keluarganya.

 

Baca : Laporan ADUN PAS Dari Hulu Klang Kritikal Di IJN, Palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.