Bapa Sempat Lihat Anak Terkapai-Kapai

Bachok – “Saya sempat melihat mereka berempat terkapai-kapai minta tolong, tetapi hanya tiga berjaya ditarik ke tepi tebing, manakala mangsa sudah jauh di tengah tasik dan tidak dapat diselamatkan,” kata saksi kejadian seorang remaja, Mohamed Farkhan Akhiramdzan (gambar kecil), 14, yang mati lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di tasik dekat Pantai Kuala Senok, Tawang, Bachok, semalam.

Menurut Rosdi Mohamad, 36, dia bersama beberapa rakan memancing berhampiran tempat kejadian sebelum terdengar jeritan meminta tolong.

“Sebelum itu, saya melihat mangsa dan rakannya seronok bermandi-manda di tasik itu yang jarang didekati orang kampung berikutan kedalamannya boleh meragut nyawa. Kesudahannya ada yang lemas dan saya terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Abdul Razak Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 4.11 petang.

“Seramai lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerah mencari mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.