Umno dan Bersatu tidak boleh wujud bersama, salah satu perlu disingkir – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno dan Bersatu tidak boleh wujud bersama, salah satu perlu menyingkirkan yang lain.

Pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat, sebarang perbincangan kerjasama politik antara Umno dan Bersatu bukanlah langkah pilihan.

Sebaliknya kata Salleh, objektif politik Umno adalah untuk mendapatkan kembali kerusi yang telah kalah oleh calon Umno kepada calon Bersatu dan PN pada PRU15.

“UMNO dan Bersatu tidak boleh wujud bersama. Satu perlu menyingkirkan yang lain.

“Sebarang perbincangan kerjasama politik antara Umno dan Bersatu bukanlah satu pilihan.

“Kita perlu menumpukan sumber politik kita ke arah memenangi semula kerusi yang tewas kepada Bersatu semasa PRU15.

Jadi tegas Salleh, sasaran utama jentera politik Umno dan BN untuk pilihan raya umum akan datang adalah untuk memenangi semula kerusi yang tewas kepada Bersatu pada November 2022.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu juga menyebut,menjelang PRU16 nanti, Umno perlu mengenal pasti sikap yang paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno.

“Kita perlu memilih satu dari antara dua pilihan yang wujud pada masa ini.

“Pilihan pertama adalah mengambil tanggapan bahawa Orang Melayu banyak terhutang budi kepada Umno atas usaha mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 dan pelbagai bantuan khas yang telah diberikan oleh Umno kepada orang Melayu.

“Ataupun pilihan kedua iaitu mengambil tanggapan bahawa Umno banyak terhutang budi kepada Orang Melayu kerana memberi peluang kepada Umno memerintah negara selama 60 tahun,” kata beliau yang juga bekas menteri Kabinet.

Beliau malah yakin jikalau Umno pilih pedekatan yang sesuai dan mempunyai sikap yang betul maka harapan untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno akan tercapai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat