China dan Russia jalani latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan

- Advertisement -

BEIJING – China dan Russia memulakan latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan selepas kedua-dua negara mengukuhkan hubungan ketenteraan dan perdagangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua negara akan mengerahkan sekurang-kurangnya tiga kapal untuk latihan selama tiga hari, lapor akhbar Global Times, memetik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

Latihan itu diadakan selepas selesainya rondaan tentera laut bersama yang berasingan di utara Pasifik, lapor media kerajaan.

Menurut PLA, latihan itu akan menyaksikan pembentukan strategi kapal perang mempraktikkan latihan tembakan, peninjauan dan amaran awal, mencari dan menyelamat serta pertahanan udara.

Pegawai PLA, Wang Guangzheng memberitahu penyiar negara China, CCTV, rondaan bersama China-Russia mempromosikan kerjasama yang kukuh dan praktikal antara kedua-dua negara itu dalam pelbagai arah dan bidang.

“Ia juga secara berkesan meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak untuk bersama-sama bertindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim,” katanya.

Kapal-kapal yang mengambil bahagian berlepas dari pelabuhan tentera laut di Zhanjiang di wilayah Guangdong, selatan China pada 15 Julai, kata laporan itu.

Laporan itu tidak menyatakan kawasan perairan mana di Laut China Selatan akan menjadi lokasi latihan tersebut diadakan.

Kementerian Pertahanan Russia dalam aplikasi Telegram berkata, upacara pembukaan latihan tentera laut Russia-China ‘Kerjasama Maritim-2024’ berlangsung di pelabuhan Zhanjiang, China.

China dan Russia mengisytiharkan kerjasama tanpa had pada 2022 apabila Presiden, Vladimir Putin melawat Beijing beberapa hari sebelum beliau menghantar ribuan tentera ke Ukraine, lapor Reuters.

China tidak mengutuk pencerobohan itu dan meningkatkan eksportnya ke Russia, membantu Moscow mengekalkan ekonomi perangnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat