Pembekuan Akaun Peribadi Najib Ditarik Balik Secara Senyap

KUALA LUMPUR – Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam, kata sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Portal Free Malaysia Today yang memetik sumber melaporkan, akaun Najib tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Hakikatnya mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya.

“Difahamkan akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga,” kata sumber itu seperti dipetik oleh portal itu.

Sebelum ini, pada 11 Julai lalu, Najib menyelar pembekuan akaun bank beliau dan anak-anaknya dan menyifatkan langkah itu sebagai zalim.

Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan. – Malaysiakini

2 thoughts on “Pembekuan Akaun Peribadi Najib Ditarik Balik Secara Senyap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.