Video : Ekspresi Felda 2017 Bakal Tonjol Kejayaan Peneroka

PUTRAJAYA – Ekspresi Felda Negaraku Malaysia bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 bakal menonjolkan kejayaan peneroka.

Timbalan Meneri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, sambutan itu menyenaraikan kira-kira 50 aktiviti menarik, bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat umum.

“Ekspresi Felda ini adalah untuk masyarakat Felda, seluruh perniagaannya, dan juga anak syarikat yang berkaitan dengan perusahaan sawit dan getah bagi untuk menonjolkan kejayaan yang diraih dan dibina.

“Kita juga ketengahkan ikon daripada generasi anak Felda yang berjaya dalam pelbagai bidang pentadbiran dan perniagaan, sukan dan politik bagi membuktikan wujudnya Felda ini penuh dengan segala bentuk kejayaan dan kita tidak lupa dengan kejayaan yang dilakukan oleh warga Felda” katanya dalam temubual secara eksklusif bersama SuaraTV di pejabatnya hari ini.

Dalam.pada itu, mengulas mengenai sambutan pengunjung pada sambutan hari peneroka peringkat kebangsaan 2017 pada 21 hingga 23 Julai ini disasarkan kira-kira 30,000 pengunjung bakal hadir pada program itu.

Program yang baakl berlangsung di Dataran Putrajaya, selama tiga harinitu juga akan melaksanakan program karnival jualan murah, gerai makanan dan trak makanan, ‘Meneroka Felda bersama Upin Ipin’, pameran produk inovasi Felda serta Konsert Ekspresi Negaraku melibatkan artis generasi Felda.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.