Pengkritik Kecam Wanita Muslim Terbit Buku Panduan Seks

LONDON – Sebilangan pengkritik mendakwa Seorang wanita Islam yang menerbitkan buku panduan seks pertama khusus untuk golongan isteri yang berjudul The Muslimah Sex Manual: A Halal Guide to Mind Blowing Sex, sebagai galakan wanita sebagai objek seksual dan bukunya menggalakkan zina.

Menurut Guardian kelmarin, penulis buku kontroversi yang diterbitkan pada minggu lalu dan memilih untuk tidak dikenali dengan menggunakan nama samaran Umm Muladhat itu berkata, bukunya menerima sambutan menggalakkan oleh pembaca.

Malah, menurutnya ramai antara mereka memuji keberaniannya mendedahkan topik seks yang sebelum ini dianggap tabu.

“Saya menerima maklum balas yang menggalakkan, tidak kurang juga celaan.

“Saya memberi penekanan bahawa persetubuhan mesti dilakukan hanya dengan suami dan menikmati pelbagai pengalaman hubungan intim dengan pasangan halal ini.

“ Adalah menjadi hak isteri untuk mendapat kepuasan daripada suaminya di tempat tidur,” kata Umm Muladhat.

Pelbagai nasihat termasuk teknik ber­kucupan dan posisi jimak ditawarkan dalam buku itu dengan matlamat utama supaya wanita Islam boleh dan sepatutnya menikmati kepelbagaian dan dominan di tempat tidur.

Umm Muladhat berkata, dia mendapat idea menulis buku itu setelah mendengar pengakuan hubungan intim dingin yang dialami oleh seorang rakannya selepas bergelar pengantin baharu.

Penulis itu berkata lagi, dia merupakan graduan kelahiran Amerika Syarikat di bidang psikologi, manakala kebanyakan kandungan bukunya ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dalam memupuk asmara dengan suaminya.

“Kelayakan terbesar saya ialah pengalaman. Seorang doktor boleh menerangkan tentang ilmu biologi tetapi sekiranya anda mendambakan bentuk badan menarik dan sasa, adalah lebih baik untuk anda belajar daripada ahli bina badan berbanding doktor,” ujarnya.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.