Menteri Sosial Minta Suami Kepada Nenek Rohaya Sambung Sekolah

Selamat Riyadi, remaja berusia 16 tahun yang mengahwini seorang nenek, Rohaya, yang berusia 71 tahun, telah diminta menyambung semula pengajian di sekolah.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa. Ujarnya, Selamat telah tercicir pengajian di kelas dua sekolah menengah dan dia seharusnya melanjutkan pelajaran.

Mengenai kebajikan pasangan itu, Khofifah berkata, Selamat dan isterinya memerlukan perlindungan sosial apatah lagi mereka kini menetap di rumah yang begitu daif dan berlantaikan tanah.

“Saya minta kesatuan pekerja sosial untuk melakukan penilaian supaya keluarga ini mendapatkan rumah yang layak dihuni,” katanya yang akan membuat penilaian berkenaan.

Pada masa sama, Khofifah turut meminta media supaya tidak terus menyebarkan berita mengenai pasangan berkenaan kerana dibimbangi ia akan menjadi contoh kepada yang lain pula.

Khofifah memberitahu, berdasarkan undang-undang Nomor 1 Tahun 1974, batas perkahwinan minimum bagi lelaki adalah 19 tahun manakala perempuan pula adalah 16 tahun.

Selamat dan Rohaya mencuri perhatian apabila mereka berkahwin dengan jarak usia yang sangat jauh. Pasangan berkenaan mengancam untuk membunuh diri sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.