Ibu Jari Kaki Pengganti Buat Ibu Jari Tangan

Perth – Seorang pekerja ladang ternak lembu yang putus ibu jari tangan kanannya dalam satu kemalangan ketika bekerja, menjalani pembedahan memindahkan ibu jari kakinya untuk menggantikan ibu jari tangannya itu.

Zac Mittchell, 20, cedera April lalu ketika bekerja di sebuah ladang di Australia Barat.

“Seekor lembu menendang tangan saya hingga ia tersangkut pada pagar dan menyebabkan ibu jari saya putus,” katanya, menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, rakan sekerjanya berusaha menyelamatkan ibu jarinya sebaik kejadian berkenaan.

“Mereka meletakkannya di dalam kotak penyejuk bersama ais,” kata Mitchell.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.