Gadis Terkejut Harga Parking Cecah RM125

Seorang gadis tidak berpuas hati apabila perlu membayar harga parking kenderaan yang mencecah RM125.

Menerusi akaun Twitternya @arlinabanan, gadis yang dikenali dengan nama Arlina itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi mesin autopay berkenaan dan tempoh dia meletakkan kenderaannya.

“Aku terparking kat taman syurga ke…” tulisnya di Twitter yang sudah mendapat lebih 18,000 retweet dan 6,000 likes.

Netizen yang turut terkesan dengan caj tempat meletak kenderaan yang tidak masuk akal itu terus menebak lokasi kejadian.

Malah, ada antara netizen yang menyarankan agar gadis itu membuat laporan kehilangan tiket parking untuk mendapatkan tiket gantian yang perlu dibayar dalam harga lebih berpatutan.

Namun, kejadian itu juga turut di-troll netizen hingga ada yang mengandaikan caj parking berkenaan kerana kenderaan dijaga oleh Transformers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.