Disney Sudah Temui Aladdin Dan Jasmine

Disney akhirnya menemui pendukung watak Aladdin, Jasmine dan Genie untuk filem remake live action Aladdin.

Menurut Variety, Naomi Scott yang sebelum ini popular dengan watak Power Rangers merah jambu bakal melakonkan peranan Puteri Jasmine manakala aktor Will Smith akan menyumbangkan suara untuk karakter Genie.

Naomi yang berketurunan India-British menewaskan dua pesaingnya, Tara Sutaria dan Jade Thirlwall untuk watak Puteri Jasmine.

Pelakon baharu kelahiran Mesir, Mena Massoud pula akan menggalas watak ikonik Aladdin, lapor AstroGempak.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Walt Disney, Sean Bailey dalam satu acara di California, Amerika Syarikat hari Sabtu lalu.

Filem Aladdin pernah diterbitkan The House of Mouse pada tahun 1992 dan pernah memenangi trofi Skor Muzik Terbaik Academy Awards dan lagu terbaik A Whole New World dalam anugerah sama.

Kali ini, Guy Ritchie diberikan tanggungjawab sebagai pengarah filem berkenaan dan penggambaran akan dimulakan bulan Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.