Wanita Didakwa Isteri Kedua Adi Putra Enggan Ulas Foto Nikah

KUALA LUMPUR – Wanita yang didakwa isteri kedua kepada pelakon terkenal, Adi Putra, enggan mengulas mengenai foto nikah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan media pada Sabtu lalu.

 

Memetik laporan Metro, wanita berusia 33 tahun belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

 

Berita pernikahan itu mula menjadi viral apabila gambar pernikahan mereka dikongsi beberapa pihak menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Difahamkan, wanita tersebut yang berstatus ibu tunggal anak satu, dikenali sebagai Norshahida Zolkifly merupakan rakan kongsi perniagaan Adi.

 

Sementara itu SuaraTV turut mendapatkan pengesahan daripada Adi Putra namun gagal.

 

Terdahulu, foto lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita dan kedua-duanya lengkap berpakaian pengantin berwarna krim dan ‘peach’.

 

Foto tersebut dikirim menjadi viral itu turut didakwa berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.

 

Dalam pada itu, isteri Adi, Aida Yusof, 41 tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya.

 

 

Terdahulu, Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.