PKR Pertimbang Sertai Parti Baharu Tun M

PKR akan mempertimbangkan sama ada untuk turut serta bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Beliau berkata pada masa ini PKR belum menyatakan pendiriannya untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal diasaskan oleh Dr Mahathir itu.

 

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

 

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersatu dalam prinsip persamaan.

 

“Kita (PKR) tengok dululah, kita tengok dulu sebab kita mesti ada persamaan dalam apa perjuangan kita dan setiap agenda kita harus sama,” katanya.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.