Perancang Utama Rampasan Kuasa Turki Pernah Berkhidmat Di Israel

ANKARA – Suspek perancang utama cubaan rampasan kuasa kerajaan Turki dilaporkan pernah bertugas sebagai wakil khas tentera ke Israel.

 

Jeneral Akin Ozturk, yang juga bekas komander Pasukan Tentera Udara Turki, ditahan semalam bersama sekurang-kurangnya lima jeneral tentera lain dipercayai ada kaitan dengan cubaan merampas kuasa.

 

Ozturk berkhidmat dari tahun 1998 hingga 2000 di Kedutaan Turki di Tel Aviv dan kemudian memimpin pasukan angkatan tentera udara sehingga bersara tahun lalu.

 

Beliau kekal sebagai anggota Majlis Tertinggi Tentera Turki. Turki mengumumkan Ozturk dan suspek rakan subahat beliau akan dibicarakan atas tuduhan pengkhianatan.

 

Menurut Perdana Menteri Turki Binali Yildirim, pengkhianat yang menjadi dalang rampasan kuasa tidak akan berdepan hukuman mati kerana ia bertentangan perlembagaan negara.

 

Tetapi kerajaan sedang mempertimbangkan perubahan dalam perlembagaan untuk menghalang rampasan kuasa pada masa depan.

 

Sebelum insiden rampasan kuasa, Ozturk adalah seorang tokoh tentera terkenal, dihormati dan disegani di Turki serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.