Muhyiddin Setuju Cadangan Anwar, Pembangkang Sepakat

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

 

Muhyiddin berkata, ia merupakan wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihan raya sekali gus mengalu-alukan perkembangan positif bagi kaedah terbaik untuk semua pihak.

 

“Saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, beliau turut mengalu-alukan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menubuhkan sebuah parti baharu sebagai wadah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Pas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.