Kisah Hantu Pocong Di Jalan Kebun Tidak Resahkan Penduduk – Ketua Kampung

SHAH ALAM — Ketua kampung Jalan Kebun dekat sini menafikan kewujudan pocong sebagaimana hangat diperkatakan di laman sosial.

 

Mohd Salehan Tahir berkata kisah pocong itu rekaan yang gagal menakut-nakutkan penduduk kerana mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

 

“Ia sengaja direka cerita pihak tertentu untuk menakutkan kira-kira 20,000 penduduk melibatkan 15 kariah di sini.

 

“Saya tidak tahu apa niat mereka namun tindakan itu tidak melemahkan penduduk. Cerita itu tidak berapa panas di sini, saya lihat penduduk hidup seperti biasa.

 

“Pocong tidak wujud di kampung ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

 

Beliau mengulas video selama 20 saat, kelihatan dirakam dari sebuah kenderaan, yang menunjukkan imej seseorang dalam kain putih yang dikatakan “pocong”.

 

Mereka yang melihat objek itu juga kedengaran sedang ketawa ketika merakam video tersebut.

 

Salehan berkata bagi menyangkal dakwaan itu, penduduk bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung cuba menjejaki pocong berkenaan.

 

Katanya, pemeriksaan juga dilakukan ke kawasan tanah perkuburan berhampiran namun tiada kesan yang mencurigakan.

 

“Mereka berkawal dari Lorong Haji Bani dan Haji Bakar hingga jam 4 pagi tidak jumpa apa-apa kesan.

 

“Tidak juga wujud kesan korekan pada kubur atau sebarang amalan khurafat di situ sebaliknya, apa yang ditemui hanyalah kerja membaik pulih kubur lama yang mana mereka letak botol sebagai tanda di tempat itu ada kubur lama,” dia dilaporkan berkata. – Awani

2 thoughts on “Kisah Hantu Pocong Di Jalan Kebun Tidak Resahkan Penduduk – Ketua Kampung

  • August 9, 2016 at 6:01 pm
    Permalink

    memang ada lah , kami yang rakam , ustaz kami kata kalau tak percaya boleh panghi sendiri . jangan suka suka je nafikan Tidak !!

    Reply
  • August 9, 2016 at 6:03 pm
    Permalink

    kmi glak sbb xnk ad rse takot bkn sbb kmi main main , mse tu saya bereenamdgn anak2 murid syee , jdi tlg jgn nafikan bnda ini , mmg dia wujud tpi kite je xtau .. wallahualam ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.