Khairul Idham Juarai Moto3 GP Di Jerman

SACHSENRING – Lagu negaraku sekali lagi berkumandang di kejohanan antarabangsa apabila pelumba negara, Khairul Idham Pawi meraih kejuaraan Moto3 di Grand Prix Jerman, sebentar tadi.

 

Ia adalah kejuaraan kedua buat pelumba mewakili Honda Team Asia berusia 17 tahun itu yang sebelum ini unggul di Grand Prix Argentina, April lalu.

 

Khairul Idham yang turut digelar Super KIP sebelum itu memulakan perlumbaan di petak ke-20.

 

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak ‘drama’ saya alami dan saya terselamat dari terjatuh.

 

“Saya berikan sedikit tekanan, dan saya cakap OK, mungkin saya perlu bertenang, uruskan masa sehingga tamat perlumbaan, untuk semua orang yang menyokong saya, keluarga saya, rakan saya dan saya harap kamu semua menikmatinya,” kata Khairul Idham sejurus tamat perlumbaan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.