Hakim dan Pegawai Tertinggi Tentera Turki Ditahan

Turki menahan pegawai tentera paling kanan dan hakim-hakim yang terlibat di Turki dalam cubaan pengambilalihan tentera, semalam.

 

Memetik laporan Agensi, Jeneral Adem Huduti adalah antara pegawai yang paling kanan telah diberkas setakat ini dimana, beliau juga merupakan komander tentera kedua, yang melindungi sempadan Turki dengan Syria, Iraq dan Iran.

 

Manakala, komander tentera ketiga, Jeneral Erdal Ozturk, turut ditahan terbabit dalam cubaan rampasan kuasa tersebut.

 

Kerajaan Turki berkata, hampir 3,000 tentera telah ditangkap dalam satu operasi pembersihan utama angkatan tentera.

 

Selain itu, Turki turut menahan seorang anggota mahkamah tertinggi di negara ini iaitu Alparslan Altan, iaitu seorang daripada 17 hakim di Mahkamah Perlembagaan.

 

Terdahulu, pihak berkuasa kehakiman berkata, sebanyak 2,745 hakim di seluruh negara itu akan dipecat berikutan rampasan kuasa.

 

Pihak berkuasa Turki telah merampas kembali kawalan di negara ini selepas usaha rampasan kuasa oleh tentara yang tidak berpuas hati dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan gagal.

 

Erdogan menggesa Amerika Syarikat untuk mengekstradisi Fethullah Gulen, yang dituduh dalang dalam rampasan kuasa itu untuk dibicarakan di Turki.

 

Presiden Turki berkata, beliau telah berkali-kali memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Gulen telah mengancam keselamatan Turki dan mahu beliau diekstradisi.

 

“Saya menyeru Amerika, Presiden (Obama). Presiden Obama, saya memberitahu anda sendiri, sama ada mengusir atau menyerahkan kepada kami orang ini yang tinggal di kawasan seluas 400 ekar tanah di Pennsylvania,” katanya, meskipun tanpa merujuk nama Gulen.

 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata, negara itu akan membantu Turki dalam siasatan rampasan kuasa dan meminta Ankara berkongsi maklumat tentang bukti terhadap Gulen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.