Transformers Versi Tempatan Sempena Syawal

BARISAN selebriti popular tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei dipilih terbabit dalam alih suara filem epik, Transformers: Age of Extinction.

 

Filem itu dialih suara ke Bahasa Malaysia kerana ia berjaya meraih kutipan tertinggi pada 2014.

 

Selebriti terlibat adalah Fahrin Ahmad yang memegang watak sebagai Cade Yeager, Hisyam Hamid (Optimus Prime), Sharnaaz Ahmad (Galvatron), Ray,  Shah (Hound), Izzue Islam (Drift), Haniff Hamzah (Ratchet), Akim Ahmad (Crosshairs), Hazama (Lockdown) dan Nabil Ahmad (Brains).

 

Selain itu, Faizal Ismail (Joshua Joyce),  Ayai Illusi (Harold Attinger), Ayda Jebat (Tessa Yeager), Syafiq Kyle (Shane Dyson), Syazwan Zulkifly (James Savoy),  Scha Al-Yahya (Darcy Tirrel), Elizabeth Tan(Su Yueming) dan penyanyi dari Brunei, Fakhrul Razi sebagai Lucas Flannery juga terlibat dalam projek alih suara ini.

 

Ketua Jualan dan Pemasaran Affliate di HBO Asia, Jacelyn Kek memberitahu, ia kerjasama pertama HBO Asia dengan Astro dalam projek mengalih suara filem aksi ke dalam Bahasa Malaysia.

 

Katanya, ia susulan kejayaan alih suara selebriti dalam Bahasa Malaysia menerusi filem-filem animasi yang ditayangkan sebelum ini.

 

“Filem Transformer: Age of Extinction dipilih berikutan kejayaannya berjaya mencapai kutipan tertinggi di seluruh dunia. Langkah ini juga mengikut beberapa pengenalan beberapa perkara menarik di Malaysia.

 

“Buat julung kalinya, HBO Asia mengambil pendekatan mengalih suara filem aksi dalam bahasa tempatan. Alih suara selebriti untuk filem animasi sebelum ini mendapat sambutan dari penonton,” katanya.

 

Jangan lupa menonton Transformers: Age of Extinction versi Bahasa Malaysia yang bakal bersiaran di saluran HBO (saluran Astro 411) dan HBO HD (saluran Astro 431) pada sambutan Hari Raya pertama  jam 9 malam, 17 Julai ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.