Bisnes Peniaga Di Low Yat Turun 50 Peratus

KUALA LUMPUR – Hampir kebanyakkan peniaga di Plaza Low Yat mengalami kemorostan perniagaan sebanyak 50% gara-gara insiden rusuhan di luar plaza berkenaan pada Ahad lalu.

 

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, dia berharap agar pengurusan Plaza Low Yat dapat mengurangkan harga sewaan bulanan kepada para peniaga bagi meringankan bebanan mereka.

 

Chong berkata, ramai peniaga mengadu mereka terpaksa menutup hari beroperasi selama dua hari sejak Ahad lalu dan jumlah pengunjung ke plaza berkenaan menurun secara mendadak menyebabkan mereka risau dengan masa depan perniagaan mereka.

 

Selain daripada itu, beberapa premis terpaksa tutup awal atas sebab keselamatan.

 

“Mereka (peniaga Low Yat) masih trauma dan takut terutamanya waktu malam. Banyak premis terpaksa tutup awal dari waktu operasi biasa,” katanya.

 

Chong berharap kawalan keselamatan di plaza berkenaan dipertingkatkan bagi memberikan keyakinana kepada peniaga dan pelanggan di plaza berkenaan. – TheHypeMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.