Aktiviti Judi Haram Dan Maksiat : Kementerian Wilayah Istihar Perang

Kuala Lumpur – Kementerian Wilayah Persekutuan bertekad akan mengempur serta membanteras habis-habisan kegiatan judi haram dan maksiat yang dikatakan semakin berleluasa di ibu kota.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan berkata pihaknya sentiasa komited dengan usaha tersebut dalam memastikan warga ibu kota dapat hidup dari sebarang unsur yang tidak sihat itu.

Beliau yang ditemui pagi tadi berkata satu ‘Task Force’ telah dibentuk di peringkat kementerian bagi mencegah aktiviti seumpama itu.

“Yang Berhormat Menteri telah mengarahkan supaya ‘Task Force’ ini segera menjalankan operasi dan menjalankan pendekatan secara bersepadu.

“Selain kementerian, ia turut melibatkan dua belas agensi lain yang turut sama memastikan operasi yang dijalankan berjalan lancar” katanya kepada Suara TV sejurus selepas mengadakan ‘Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram Di Wilayah Persekutuan (Siri 1).

Menurut beliau antara yang terlibat dalam operasi tersebut ialah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syabas, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Telekom dan sebagainya.

“Dengan kekuatan 493 orang anggota yang dipecahkan kepada 4 kumpulan, operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur sebentar tadi turut berjaya merampas hampir 300 buah unit komputer, 13 peti televisyen, 1 mesin judi dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti tersebut.

“Selain daripada itu, pihak kami turut menahan 21 orang pendatang tanpa izin yang setelah dilaukan pemeriksaan 5 daripadanya didapati positif dadah serta 3 pasangan Islam atas kesalahan khalwat.

Menurut Adnan lagi selain rampasan dan tahanan pihaknya turut mengeluarkan saman dan menyita hampir 30 permis perniagaan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah rampasan yang dianggarkan hampir RM200,oo.

Operasi yang dijalankan itu juga turut bertindak memotong bekalan air, elektrik, talian telefon dan talian internet terhadap semua permis perniagaan yang dilihat melanggar peraturan yang ditetapkan.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan berlakuknya kebocoron maklumat terhadap operasi yang dijalankan itu, apabila mendapati sebahagian daripada permis bertindak mengosongkan bangunan mereka sebelum pihak berkuasa tiba.

“Pihak kami akan sentiasa memantau dan akan berusaha bagi memastikan perkara itu tidak berulang kembali” ujarnya lagi.

Adnan turut menyeru masyarakat agar turut sama membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berhubung aktiviti perjudian haram dan maksiat bagi menyokong usaha tersebut.

“Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi pihak Task Force di talian 03-88897762”. katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kegiatan judi haram yang semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 buah mesin.

Laporan tersebut turut mempertikaikan keberkesanan agensi penguat kuasa terutama PBT dalam usaha membanteras kegiatan mesin judi haram, walaupun ia telah didedahkan oleh akhbar ini sejak minggu lalu.

 

Baca : Jangan Cabar Kami

 

Operasi 8

 

 

 

 

 

 

Operasi 7

 

 

 

 

 

 

Operasi 6

 

 

 

 

 

 

Operasi 5

 

 

 

 

 

 

Operasi 4

 

 

 

 

 

 

Operasi 2

 

 

 

 

 

 

Operasi 1

2 thoughts on “Aktiviti Judi Haram Dan Maksiat : Kementerian Wilayah Istihar Perang

  • July 29, 2014 at 1:17 pm
    Permalink

    Salam ,
    Saya ingin melaporkan kegiatan judi yang berleluasa dan mendatangkan kesan buruk ditempat kerja saya, seorang chef berpangkat executive chef terlibat dalam kegiatan judi mesin slot / roullete dan kerap menyalahkan kedudukan nye sebagai ketua chef apabila menyalahguna kuasa dengan penyelewengan invoice claim dari supplier ke syarikat kami bekerja n kerap kali menghasut pekerja lain menyertai kegiatan judi tersebut, dimanakah saya perlu salurkan laporan dan aduan lengkap kepada pihak berkuasa kerana implikasi kesan buruk tersebut mempengaruhi keseluuhan operasi syarikat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.