Tengkorak Dalam Longkang

JUGRA – Seorang lelaki berusia 30-an terkejut apabila menjumpai suatu objek dipercayai tengkorak manusia ketika sedang leka melakukan kerja pembersihan longkang berhampiran Taman Jugra Jaya, Kampung Jugra, semalam.

Pekerja pembersihan yang melakukan kerja-kerja membersihkan longkang terbabit  menemui tengkorak tersebut jam 10 pagi apabila mesin penebasnya mengenai objek tersebut.

Ketua Kampung Jugra, Mohd Rasid Mohd Kassim berkata, dia yang sedang berehat di rumah apabila didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan menemui objek dipercayai tengkorak manusia.

Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melihat objek seperti yang dimaklumkan kepadanya.

Apa lebih mengejutnya, bukan setakat tengkorak manusia dijumpai tetapi turut menjumpai serpihan-serpihan tulang lain di percaya bahagian rangka manusia di lokasi yang sama, setelah melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Saya tak pasti sejak bila objek berkenaan sudah ada di kawasan itu kerana terdapat juga kain putih yang dah lusuh turut dijumpai di satu sudut tidak jauh dari objek berkenaan.

“Ini adalah kejadian kali kedua yang berlaku di kawasan ini, sebab beberapa tahun lalu penduduk setempat pernah digemparkan dengan penemuan tengkorak manusia di kawasan Jalan Genting, Jugra,” katanya.

Mohd Rasid kemudian memaklumkan hal berkenaan penemuan objek berkenaan kepada pihak polis sekali gus menasihatkan masyarakat supaya tidak panik dengan penemuan tengkorak itu.

“Masyarakat tidak perlu berasa panik atau bimbang, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tengkorak-dalam-longkang-1.300033

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.