Mohon Maaf, Saya Tiada Niat Cabar Sultan Selangor – Khalid Samad

SHAH ALAM: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan.

Beliau berkata, cadangan itu sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan institusi raja berperlembagaan daripada tercemar.

“Saya bukan cabar Sultan atau derhaka atau bertindak derhaka atau bertindak biadab kepada Sultan.

“Saya minta supaya mengkaji semula enakmen kuasa eksekutif Mais dan melakukan pindaan sekiranya perlu.

“Saya minta maaf dan mohon ampun sekiranya tulisan, kenyataan saya beri sedemikian rupa. Tiada niat walaupun sebesar zarah sekalipun, apatah lagi mencabar Sultan. Saya percaya, ini adalah salah faham,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini, Shah Alam.

Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/17/khalid-mohon-ampun/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.